Sunday, 17 February 2013

Kembara kecil ke Kepulauan Riau (Riau Archipelago)

Tarikh: 9 Februari 2013
Masa: 11.30 malam
Lokasi: KL - SG - Kepri


Tahun ini, cuti Tahun Baru Cina kami ingin sekali lagi melawat tempat yang dapat disinggahi dalam menyambung perjalanan darat dan air kami. Kepulauan Riau secara tidak sengaja menjadi pilihan kerana ia dapat ditembus masuk melalui Singapura. Idea ini timbul semasa mengodek-godek informasi tentang perjalanan darat di Asia Tenggara. Setelah arah tuju ditentukan, saya mula buat 'penyelidikan kecil' tentang Kepulauan Riau atau juga dikenali sebagai Kepri. Tanjung Pinang di Bintan adalah pusat tumpuan, ibu negeri Kepri. Gambar di atas adalah Pelabuhan Sri Bintan Pura, Tanjung Pinang pada awal pagi. 

Sememangnya kami tak tahu apa-apa tentang Kepri. Berdasarkan info yang kami perolehi, Kepri terbahagi kepada Batam, Tanjung Balai (Karimun), Tanjung Batu di Kundur dan Bintan. Batam juga terhubung dengan Relang dan Galang yang dikenali sebagai Brelang. Apabila mendapati Tanjung Pinang adalah ibu negerinya, kami putuskan untuk habiskan masa di situ; gerak dari KL ke Singapura menaiki bas NICE pada tengah malam 8 Februari (dah masuk 9hb) dan sampai di stesen bas NICE di The Plaza, Beach Road, Singapura pada awal pagi 9hb. Bas NICE agak mudah kerana terletak dekat dengan Central Market, Kuala Lumpur - di stesen lama KTM dan saya tidak perlu bergerak jauh sedikit ke TBS (stesen bas di KL untuk ke selatan). Harga tiket RM 88.50. Seperti kita sedia maklum, bas NICE ni memanglah selesa, kan? Saya tidur jer dalam perjalanan malam tu. 

Sungguh lucu bila difikirkan kerana selama ini jarang disebut tentang kewujudan Kepri terutamanya untuk menjadi destinasi pilihan. Namun, ia bukanlah destinasi pilihan, sebenarnya hanya sekadar mahu menyambung perjalanan darat yang lalu. Dalam pada itu, sekiranya ada tempat yang dapat kami singgah, kami akan cuba tidak sia-siakan peluang itu. Kepri. Rupanya kau dekat jer dengan Singapura. Kasihan. Kewujudanmu begitu tersisa sekali. Hmm...agaknya apa lah yang ada di Kepri? Seharusnya Kepri lebih popular dari Singapura! Yer lah, kerana Kepri murah, dekat dan agak adventure... hehe...

Tarikh: 9 Februari 2013
Masa: 6 pagi
Lokasi: SG - Kepri ( Nongsa )



Setibanya di stesen bas NICE di The Plaza, Beach Road, Singapura pada awal pagi, lebih kurang dalam pukul 6 pagi, kami berjalan mencari arah ke stesen MRT stesen Bugis untuk bertolak ke Terminal Feri Tanah Merah (TMFT) - terminal feri untuk ke Tanjung Pinang (utama) dan juga Batam (tidak banyak). Dalam berjalan-jalan tu, kami lalu di hotel di dalam bangunan The Plaza tersebut. Apa lagi, kami terus masuk ke restroom hotel tu. Restroom hotel untuk kami freshen up e.g. basuh muka, gosok gigi, segarkan badan dan perkara yang seangkatan dengannya. Ahhh... lega... hmmm.. kemudian, kami beli breakfast ringan, minum sikit dan terus gerak.

Dari MRT stesen Bugis (EW 12) ke stesen MRT Tanah Merah (EW 4) ambil masa dalam 20 minit. Kemudian, kami naiki bas SBS Transit nombor 35 untuk ke TMFT. Akhirnya, kami sampai di TMFT. Ha... tiket untuk ke Tanjung Pinang dah clear, dah habis. Sold out. Hmm... nak ke mana kita? Ke Batam sajalah kalau macam tu. Lepas tu, kita fikir apa nak buat... haha... nak buat macam mana...

Rupanya Tahun Baru Cina begitu diraikan di sini sampai habis tiket. Aish.. okey lah.. Batam.. Ba-tam... Ba-tam yang kami langsung tak buat apa-apa 'penyelidikan kecil'... hahahahha...

So, kami pun naiklah feri ke Batam. Gambar di atas, feri yang kami naik - Batam Fast. Harga tiket S$ 31 dan akan berlabuh di Nongsapura atau singkatannya Nongsa. Feri petang baru berlepas, pukul 4 setengah... ha... jom la makan dulu, rest... buat apa yang patut...







Akhirnya kami tiba di Nongsa. Dari Nongsa, kami naiki teksi kawan En. Azwir ke Nagoya, bandar di Batam. Check-in di Holiday Hotel. Syukurlah ada juga hotel untuk kami bermalam. Hampir kesemua hotel full. Selepas check-in kami rest sebentar kerana agak keletihan. Kemudian, keluar melihat-lihat Nagoya, makan malam - nasi padang di Seafood Nusantara. Habis licin kami makan sebab kelaparan selepas menaiki feri dan lama bergerak sejak tengah malam 8hb lah katakan...


Meriah benar malam tu kerana sambutan Tahun Baru Cina atau Tahun Baru Imlek. Kekecewaan kami kerana tiada tiket ke Tanjung Pinang kini bertukar jadi gembira...! Sebenarnya kami telah juga disedapkan hati oleh En Azwir, seorang yang kami berbual-bual bersama semasa lepak menunggu masa untuk menaiki feri ke Batam. En Azwir orang asal Batam, banyak menceritakan tentang kemeriahan Batam. Memang benarlah... : )





Gambar di atas yang berbaju putih adalah En Azwir. Berbanyak terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati membantu kami, telefon kawannya untuk menjemput kami di Nongsa. En Azwir bekerja di airport Batam. Kami berkenal-kenalan, bertukar-tukar cerita. Kami juga menjemput beliau ke KL tapi katanya beliau kurang berminat untuk berjalan-jalan lagi pada masa sekarang : )

Gambar lagi satu, pemandangan di belakang TMFT (sebelum duduk di sebelah En Azwir untuk tempat yang teduh.. hehe...).







Gambar di atas, pemandangan gerai-gerai jualan di Nagoya. Jarak tempat ni semua dekat saja dengan hotel kami, hanya berjalan kaki. Habis tu, kami kembali ke hotel, nak rest lagi dan bercadang untuk keluar semula. Namun, setelah berbual panjang dengan seorang lagi kenalan baru di lobi hotel, iaitu Pak Surya dan Maulana, kami terus masuk bilik dan tidur pengsan... Pak Surya banyak bercerita tentang Batam dan Pulau Anambas. Seorang lagi kenalan baru yang begitu baik budi : )

Tarikh: 10 Februari 2013
Lokasi: Sekupang - Tanjung Balai (Karimun)






Keesokan harinya di Nagoya, kami tertanya-tanya, eh nak buat apa hari ni? Setelah difikirkan - disebabkan Tahun Baru Imlek masih panas dirayakan, kami buat keputusan - mari kita pusing-pusing di Kepri! Pusing dari Batam ke Karimun, ke Tanjung Batu - Kundur, dan akhirnya baru ke Tanjung Pinang. Biar reda dahulu kepanasan Tahun Baru Imlek di Tanjung Pinang.. mari kita pusing-pusing di bahagian lain di Kepri dahulu ek...? Ya.. itulah yang kami persetujui... so, let's do it, let's do it!

Gambar di atas adalah bot pancung di pelabuhan Sekupang. Kami tak naik pun bot ni, sekadar snap pic saja. Bot ni hanya pergi ke pulau-pulau berdekatan katanya. Kami naiki bot yang seterusnya di Sekupang untuk ke Karimun petang itu. Seperti biasa kami jalan-jalan sikit sementara menunggu masa untuk naiki feri dan ternampak pelabuhan bot pancung ni...

So, itu sahaja lah yang dapat kami kongsikan bersama tentang Batam. Tidur semalam lalu gerak ke Karimun. Perjalanan diteruskan gitu ya... Apa pula lah yang ada di Karimun? Ada atau tak ada, yang penting, kita pusing-pusing Kepri... sekali lagi, melalui jalan laut... aduh... ya... ya... jalan laut lagi... hahahaha...



Ni map Kepri untuk lebih pemahaman
Tarikh: 10 Februari 2013
Lokasi: Tanjung Balai (Karimun)





Ha... Karimun! Wow... sungguh damai bandar ini...! Sungguh nyaman sekali...! Bayangkan beca boleh kayuh di tengah-tengah jalan... tak perlu hiraukan trafik! Jalannya besar dan begitu sedikit kereta yang lalu-lalang.

Di sini, menjadi satu aktiviti masa lapang untuk bermain beca dihiasi cahaya lampu di tengah jalan.
Sama ada bersama kawan-kawan atau keluarga, ia menjadi satu aktiviti santai yang menceriakan
untuk enjoy menikmati waktu malam dan angin malam yang bertiup agak kuat dari arah tebing laut di tepi jalan. Di tepi jalan juga terdapat banyak stall stall gerai makan dan minuman. Salah satunya adalah bandrek (gambar di atas).

Di Karimun, kami menginap di Hotel Taman Bunga. Owh... hmmm... betullah kata seorang tempatan di situ, kami patut menginap di hotel lagi satu.. :P

Kami sampai di Karimun pada lewat petang, hampir senja. Check-in, rest sebentar dan makanlah lepas tu, kan... Kami pergi ke pasar malam berdekatan, walking distance.





Gambar di atas, gerai tempat kami makan. Meja kecil dan rendah juga
menjadi kebiasaan untuk orang ramai duduk, lepak, menikmati juadah.



Gambar di atas, pasar malam di Karimun.





Di gerai yang kami makan, terdapat minuman alkaline mineral dipanggil Laoshan yang dicampur dengan susu dan ais. Katanya untuk menguatkan badan. Kawan saya telah mencubanya.


Yang kayuh beca ni, nama dia Ibin, peramah juga orangnya.

Malam itu, setelah puas berbeca (orang kayuhkan dan juga kayuh sendiri), kami kembali ke hotel lalu masuk tidurzzz.... tapi sebelum masuk tidur, di lobi hotel, sempat baca paper... terbaca tulisan ini... hahahhaa... sesuai untuk bacaan kami nampaknya :D


Pemandangan pada waktu pagi di Karimun dari bilik hotel (sebenarnya di bawahnya, kecoh, bising gila orang jual tiket feri, bot... hehe...) :





Jalan-jalan di Karimun pada waktu pagi untuk brunch dan sebagainya sebelum bertolak ke TanjungBatu, Kundur pula tengah hari itu...





Heyy... ya.. Tanjung Pinang masih menjadi misteri kepada kami... hmmm... masih belum sampai-sampai lagi ke Tanjung Pinang, ya? ahahahhaha...

Apa pun, kita bertolak ke Tanjung Batu, Kundur dahulu lah ya... biar kepanasan Tahun Baru Imlek di Tanjung Pinang itu sejuk sedikit sementara kami nak sampai sana nanti.. hehe...

Kawan saya bertanya pada saya, so, macam mana percutian kau setakat ni? Saya jawab, ini bukan percutian, ini hanya sambungan perjalanan darat (dan air). Tempat-tempat ini hanyalah persinggahan.
Saya sangat menyukainya kerana kami menempuh banyak pengalaman di lautan besar (besarlah bagi saya)... hahaha... kepada kawan saya, jika ini percutian kamu, moga-moga kamu juga menyukainya ya... hehe...

Tarikh: 11 Februari 2013
Lokasi: Tanjung Batu, Kundur


Amacam? Gambar di atas nampak macam percutian tak? Ahahahahha... ha... itu dia... kami tiba di Tanjung Batu dalam pukul 2.30 petang tak silap saya... kami terus ke Hotel Gembira, berdekatan dengan pelabuhan.

Selepas itu, kami rehat sebentar sebelum naiki ankutan (van putih, sewanya murah) untuk ke Pantai Lubuk dan Bukit Gading. Makan tengah hari (lewat tul, lapar giler) di Pantai Lubuk, duduk rehat amik angin...

Akhirnya, dapat la juga rasa macam percutian, kan? At least, kawan saya cukup gembira. Penting bagi saya untuk kawan saya rasa gembira tau!



Ha.. ini la dia ankutan yang kami naik dari hotel ke Pantai Lubuk dan Bukit Gading dan kemudian kembali ke hotel. Okey tak? Ankutan memang pengangkutan murah di Indonesia, kan? Memang van ni diorang panggil 'ankutan'.

Di bawah, beberapa gambar semasa spend time di Pantai Lubuk:










Makan, rest...





Sekitar Pantai Lubuk....








Sedikit lagi sebelum kami bertolak ke Bukit Gading...







Selepas makan, lepak,  rehat di Pantai Lubuk, kami menunjukkan brosur yang ada pada kami. Antara lagi satu tempat yang possible untuk kami sampai pada hari itu adalah Bukit Gading. Tempat lain seperti Batu Limau Misteri agak jauh, kena naik bot. Hari pun dah lewat petang. So, Bukit Gading tempat yang sesuai untuk kami pergi dengan hari yang kian gelap.

Berikut beberapa gambar di Bukit Gading. Tempat yang perlukan sedikit pendakian... nama pun bukit, kan.. di situ kami bertemu dengan seorang orang tempatan yang pernah bekerja di Pulau Pinang. Jumpa kami, terus cakap loghat Penang... seorang lagi orang tempatan yang peramah!




 

Di Bukit Gading, banyak pohon-pohon buah-buahan dan juga bermacam pokok lagi.
Gambar menunjukkan supir (ber-t shirt kelabu) menghala ke arah menurun, ke pantai yang sedang alami air surut.



 
Air surut.






Sunset.



Selepas itu, kami bergerak pulang ke hotel. Kena mendaki sikit untuk kembali ke ankutan. Jaraknya agak jauh. Suasana gelap dalam perjalanan pulang. Lampu jalan macam ngga ada. Malam itu, kami makan ikan bakar. Kemudian, badan dah semakin letih, terus masuk tidur. Esok paginya kena bangun awal... feri ke Tanjung Pinang agak gerak pada pukul 7.45 pagi!




Bangun pagi, sinaran pagi di depan Hotel Gembira.  Masa untuk check-out,
            breakfast, gerak ke jeti... jauh ni dari Tanjung Batu ke sana... ikut jalan laut... lagi... :D



Tarikh: 12 Februari 2013
Lokasi: Tanjung Pinang, Bintan



Respek la kami skit sebab dapat masuk ke Lagoi... Hmm... dalam 'penyelidikan kecil' kami, kami ada membaca tentang Lagoi (Bintan Resorts).. antara yang disebutkan ialah Lagoi di-lease-kan kepada Singapura, almost like de-facto colony of Singapore (http://www.metropolasia.com/travelling-to-singapore/ferry-to-indonesia). Ia juga menyatakan, 'separated from the resorts by barbed wire, checkpoints and armed guards,...' Jadi, kami semacam rasa... eh.. dahsyat... sampai diasingkan pula dari bahagian selatan.. uish... kenapa gitu? Itukah jadinya bila orang dah bayar 'sewa' ?

Sebelum meneruskan ceritanya, mari kita start dengan time kami sampai dulu.

Kami tiba di Tanjung Pinang selepas lama duduk dalam bot dari Tanjung Batu, Kundur. Lebih kurang dekat tiga jam juga if tak silap saya.

Waktu kami sampai tu hujan lebat. Sampai, jalan di jeti ke kawasan depan untuk mendapatkan pengangkutan nak cari hotel. Sebelum tu, kami cari tiket feri untuk pulang ke KL melalui Singapura.
Selepas dapat tiket, kami naiki teksi. Tak nampak satu pun ankutan. Hujan lebat, kami naiki saja teksi yang ada. Setelah ditanya, pemandunya mencadangkan dan membawa kami ke Hotel Dynasty atau juga dipanggil Hotel Chitra. Harga murah Rp110,000 semalam. Kami bayar utk tiga malam sekali gus. Biliknya bagus, bersih, selesa. Sesuai dengan bajet kami yang kian surut. Hotel lain kalau nak pindah lagi, dapat ker rate tu? dan selesa ker, kan...



Bot yang kami naiki banyak kali berhenti sepanjang perjalanan. Berhenti ambil penumpang di tengah-tengah laut, berhenti ambil 'kargo' (termasuk anak-anak ayam) - gambar di atas dan macam-macam lagi. Perjalanan kali ini penuh peristiwa betul. Pelangi muncul dan hilang beberapa kali terkena percikan ombak dari bot dan juga cahaya matahari. Lagu kumpulan Peter Pan berkumandang sepanjang perjalanan. Sedap-sedap ya lagunya. Saya tak layan sangat sebelum ni.. hehe..
hmmm... best... jauh, lama dan pengalaman yang sangat authentic...!

Tarikh: 13 Februari 2013
Lokasi: Lagoi, Bintan Utara



Beberapa tempat kami plan untuk 'tiba' di sana selama di Tanjung Pinang. Macam yang kami beritahu tadi, salah satunya adalah Lagoi. Ini kerana Lagoi dikatakan 'tempat orang kaya' dan 'susah nak masuk'... haha... Itu lagi membuatkan kami nak pegi tengok... apalah tahap 'kaya' mereka itu...

Kami sewa ankutan hari tu untuk pergi ke arah utara dari Tanjung Pinang. Kami keluar dalam pukul 9 pagi, breakfast kemudian gerak ke Lagoi dalam kul 10 pagi.

Gambar di atas adalah sekatan pertama untuk memasuki Lagoi. Bermacam soalan ditanya pada kami, termasuk tempat kami menginap. Saya tarik perhatian si guard itu, kerana dia asyik bercakap dengan Danny (supir kami). Saya tunjuk brochure dan juga pasport. Bagi tau dia, kami tinggal di Tanjung Pinang, masuk ni nak pergi ke pantai aje. Selepas tu, kami dibenarkan masuk. Phew! Bayangkanlah dah jalan jauh-jauh dari Tanjung Pinang (selatan) dan dia tak bagi masuk... tak ker sia-sia.. so, kami berjaya masuk... alhamdulillah... ahhahahaha... kata supir itu, jika salah jawab, memang kami takkan dapat masuk... so, syukurlah.. ya.. Lagoi.. kami berjaya masuk Lagoi...! baru kami tahu betapa orang tempatan sendiri begitu disisihkan kini (kecuali kalau dah jadi 'pelanggan' Bintan Resorts lah kut)...


Danny teruskan perjalanan. Ankutan yang kami naiki terus gerak lebih ke dalam lagi. Memang macam Singapura dalamnya... semuanya dah tak authentic.. haha... Semuanya kemas, teratur...


Kami mencari-cari... eh mana pantai dia ni... mana lautnya... masuk ke dalam lagi selepas jumpa badak atau rhino.. kami nampak laut.. tapi macam kat tebing.. hmmm? itu ker tempat orang piknik...? Masuk dalam lagi... kami nampak jeti untuk mangrove... kami masuk kejap ke jeti tu... tengok-tengok... mangrove dah banyak kali tengok.. tak payah la... lagi pun bayaran dalam dolar Singa...

Seorang staf dekat jeti mangrove beritahu, pantai di belakang hotel. Kami kena ke arah hotel.. Oh, ya. Saya baru teringat... memang ada papan tanda tunjuk ke arah resorts. So, tengok map pada brochure balik, kami putuskan untuk ke Nirwana Gardens. Naiki semula ankutan dan kami terus menuju ke sana. fuh... gerak lagi... susah tul nak jupe pantai ni...
















9 comments:

  1. panjang nya cerita... aduihhh

    ReplyDelete
  2. Sudah sampai terminal ferry di nongsapura, kenapa menginap di nagoya, ada bnyk resort di nongsa seperti di lagoi (bintan), nongsa village, turi beach, orang cakap bnyk turis dr singapore dan korea yang datang ke situ.. Dr tanjung pinang, bisa ke pulau penyengat, bekas kesultanan melayu riau, ada bnyk pulau di kepulauan riau, salah satu ny pulau anambas.... Tp kurang dpt perhatian pemerintah, dan seperti dijadikan private island...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ada pergi ke lagoi (Bintan utara) dan kami juga ada pergi ke Pulau Penyengat. Semua gambar ada di upload di Facebook saya. Namun, tidak sempat nak menulis di blog ini kembara perjalanan kami : )

      Kalau saudari mahu tahu, blog ini tak sempat dihabiskan :D sebab agak panjang ceritanya : ) Kami keempat-empat pulau di Kepri selama perjalanan kembara ini

      Delete
  3. **Kami ada pergi ke keempat-empat pulau di Kepri

    ReplyDelete
  4. Waah..seru nyee,,nak ikott..nak ikott...

    ReplyDelete