Monday, 10 February 2014

kembara jalan-jalan ke Saigon

Limpahan foto...

Walaupun coretan yang lalu masih tiada noktah penutup, ada post baharu untuk puingpuinglara, iaitu beberapa foto yang sempat diambil bagi destinasi Saigon dan juga semasa destinasi persinggahan ke Angkor Wat serta apa-apa yang sempat dan larat dirakam semasa dalam perjalanan.

peta perjalanan kL-Saigon

Itinerary yang disediakan sendiri agak baik kerana masa tidak lari terlalu jauh dalam realiti perjalanan.

30 Januari 2014, 12 am:
kL - Hat Yai
- naik bas, transit

31 Januari 2014, 10.30 am:
Hat Yai - Bangkok (Mochit Station)
- naik minivan, transit
- Mochit - Krungthep Station/ Hua Lamphong (naik teksi)

1 Februari 2014, 5:55 am
Bangkok (Krungthep Station) - Siem Reap
- naik tren, melalui sempadan Aran-Poipet

---> Poipet - Central Siem Reap, 3 pm
naik kereta, 3 jam
- stay 2 malam di Siem Reap

2 Februari 2014:
- melawat Angkor Wat

3 Februari 2014:
Siem Reap - Phnom Penh
- naik bot
- melalui Tasik+Sungai Tonle Sap dari Chong Kneas Floating Village - Sisowath Quay
- 1 night stay di Phnom Penh

4 Februari 2014: - Tiba di Saigon
- Naik bas, melalui short ferry ride di Neak Loeung
- Melalui sempadan Bavet-MocBai
- bas terus berhenti di destinasi Pham Ngu Lao Street

5 Februari 2014:
- Melawat Cu Chi Tunnels
- half day tour

6 Februari 2014, 7 am:
Saigon's city tour (1 day)
- muzium, etc

7 Februari 2014, 7 am:
- Tour ke Mekong, Can Tho
- one night traditional homestay
(dinner tuan rumah hidangkan Bo bia, Banh xeo yang sedappppp...)
- melawat perkampungan di Mekong, rice paper making, etc

8 Februari 2014, 7 am:
- melawat floating market di Mekong
(breakfast tuan rumah hidangkan baguette dan telur mata. simple ajer tapi sedap la pulak bila roti tu agak rangup di bahagian luarnya. sedappp...)
- melihat the making of rice noodles, orchards, etc
- pulang ke Pham Ngu Lao

9 Februari 2014, 8 am:
- Balik kL
- yang tak begitu glamour - flight

Ringkasan:

Kuala Lumpur (KL) ---> Bt. Kayu Hitam - Sadao checkpoint (border post, Thailand) ---> Hat yai ---> Bangkok ---> Aranyaprathet/Aran (Sa Kaeo Province) - Poipet (Ou Chrov District, Banteay Meanchey Province, Cambodia) ----> Siem Reap ----> (via the Tonle Sap River) Phnom Penh ---> Bavet (SvayRieng Province) - MocBai (Tay Ninh Province, Vietnam) ----> Saigon (HCMC)






***Setting pada kamera tidak ditukar tarikh dan tahunnya sehinggalah pada hari berikutnya



Foto di Pham Ngu Lao Street, Saigon:

ni bahagian depan jalanan

masuk ke lorong ni,
yang ada signage biru,
dorm tempat penginapan

kawasan dorm

dorm, Sunrise Travel


kejiranan dekat dorm Sunrise

 dorm Sunrise

dorm usd3-5 semalam

berfoto di area dorm. Nampak tak orang jual pisang kat belakang tu?
Itu lah motor yang selalu pagi2 dia datang jual pisang kat sini.
Pagi2 beli pisang dan oreo sebelum gerak ikut tour : )

kawasan dorm, malam. cantik la juga.

Foto jalanan Pham Ngu Lao, taman berdekatan:



Lepak

Foto sekitar Ben Thanh Market, berdekatan Pham Ngu Lao:

Ben Thanh Market
sekitar Ben Thanh

kawasan makanan Melayu di Ben Thanh.
Di Selima saya enjoy pho,
- noodles Vietnam yang yummyyy
still bercuti CNY nampaknya

beca Vietnam, tinggi

hadapan Ben Thanh
dekat yang ada benda bulat tu, 
malam-malam sangat meriah 
dengan orang ramai yang bersantai

Malam di Pham Ngu Lao dan Ben Thanh:

Ben Thanh, mlm
Pasar malam di area Ben Thanh


nak lintas jalan memang pengalaman
yang agak horor kat sini

meriah, meriah
cuba dapatkan sehelai tshirt Saigon? Mari.

Restoran Taj Mahal, dekat ngn dorm.
Sedap makan kat sini, dan murah.


signage di corner jln,
tak nak nampak Taj Mahal ni if sekali imbas




Jalanan Pham Ngu Lao


Sekitar Pham Ngu Lao ke arah Ben Thanh

Ada baki sikit lagi foto waktu malam kat Saigon. Simpan untuk hujung-hujung cerita nanti.


Giliran untuk gambar lain-lain, sebelum berjaya sampai ke destinasi : ) Erm, pertama, modal. modal yang teramat kecil. baht dan usd. harap-harap survive. Survived la.

tiket bas ke Hat Yai, baht, usd, pasport yang dh renew.

 boleh tak kalau tak nak pergi.

Last-last pergi jugak:
Aku nak naik bas ke Bangkok tapi bas petang sikit baru ada. So, aku pilih van yang sedia ada masa tu.
Masa itu emas. Sasaran untuk sampai ke destinasi Saigon pada tarikh yang dirancang adalah keutamaan.
Gerak terus tanpa buang masa (transit).
minivan ke Bangkok dari Hat Yai. 
masa toilet break.
banyak kali juga berhenti. jauh la katakan.

ada lambakan parang dsb kat area ni.
Kul berapalah nak sampai ke Bangkok.
Cuaca terang.

Bangkok-Aranyaprathet:

Akhirnya sampai di Bangkok pagi-pagi buta. Van tu drop kami di Mochit. Sedangkan untuk ke semapadan Aran-Poipet, kami perlu berlepas dari stesen Krungthep/ Hua Lamphong. So, kami naik teksi ke Stesen Krungthep. Sampai di Krungthep, penuh lambakan manusia tidur di lobi stesen kereta api tu. Apa lagi, aku pun jadi sebahagian daripada mereka. Lelapkan mata yang letih. Dibenarkan tidur rupanya di sini. Sangat terpuji. Tak perlulah aku nak ke guesthouse setakat untuk beberapa jam tu. Tapi terlupa pula nak ambil gambar. Satu pemandangan yang sangat indah lihat rakyat marhaen ketiduran di atas lantai tunggu tren awal pagi. Lepas stesen dibuka, aku tus gi beli tiket dan shower. Segar. Hargai air. So, tren ke Aran gerak kul 05:55. Cantik. 

tiket ke Aran dah dapat dibeli. Sweeeett.

Pintu masuk yang dah dibuka.
Di lobi inilah rakyat marhaen yang tunggu tren awal pagi tidur.
Penuh. So, aku pun tidur bersandar pada beg di satu sudut
(hujung sebelah kanan gambar ni).

Penuh sampai ke sini juga diorang tidur. Senang betul kan.
Ni sudut sebelah hall gambar di atas.

breakfast awal pagi di Krungthep.
Kedai lain masih belum buka.
Awal subuh lah katakan.

terminus

Krungthep, ni kunjungan kedua aku nampaknya.
Sebelum ni sampai ke sini terus dari Butterworth.
Dua tahun lalu.


tren sebelah


pemandangan saujana mata memandang dari dalam tren




Excitement.


Apa yang budak ni kata kat mak dia.


Tren fresh air. Kipas angin pun ada. Agak penuh orang naik
di stesen lepas terminus di Krungthep.


our bags


Cantik. Rest.


Sejuk pagi ni.




Orang tempatan.




Ada juga pemandangan padi terbakar yang masuk
ke dalam gerabak. Tapi tiada gambar diambil masa tu.
Pemandangan sawah padi memang best kan. Tak pernah tak best.


Sampai di Aran jam 12.30 tgh jugak la. Di Aran, kami naik tuk-tuk untuk ke Poipet. Clear kastam imigresen. Lepas tu kami cari transport utk ke Siem Reap. Dah dekat pukul 2 ptg jugak la. Beli tiket kereta ke Siem Reap. Belakang 4 orang, depan 4 orang. Hebat kan. Selamat datang ke Cambodia.

map Cambodia-Vietnam

untuk lebih pemahaman. Tonle Sap, Mekong


Siem Reap:

Di Siem Reap hampir semua hotel penuh. Guesthouse yg usd5 smlm pun penuh. So, cari punya cari, last2 dapat bilik kat atas sikit dari kawasan Central Siem Reap, lepas Psar Leu Market. Kami stay di hotel Angkor Extra dengan receptionist yang tak tahu berbahasa Inggeris. Smlm usd13. Stay 2 malam. 

Lepas tu janji dengan tuktuk driver yang baik hati untuk bawa kami ke Angkor Wat keesokan paginya. Janji kul 5 pagi. Tapi jadi kul 7 setengah sebab somebody buat aku tunggu dia bangun tidur. Tuktuk driver tidur di depan hotel. 

Lepas check in dan sebagainya, kami keluar makan dan kemudian balik tidur. Seronoklah dapat katil kan. Nak recharge sikit. Kami dinner di Muslim Family Kitchen. Makan nasi goreng.

Angkor Wat:
Bertolak dari hotel ke Angkor Wat awal pagi sangat sejuk dan berdebu. Tak berapa jauh dalam 20 minit ada rasanya.

Awal pagi di Angkor Wat terlalu cantik.


Cantikk.

oh ya, ini pas masuk ke Angkor, usd 20 (1 day).



Cantikkk. Best piknik kat sini.



Cantikkk. Laluan masuk yang panjang
terasa mahal nak sampai ke dalam.












Mengenang kehidupan di zaman kuno

Cantik tulisan ni. Apa yang cuba disampaikan.

komunikasi di zaman kuno


tinggi

sendal dengan getah



tangga yang aga curam, gayat nak turun

di bahagian souvenir

kanak-kanak yang mencari rezeki jual souvenir

me on the way out



tasik di Angkor






di bahagian depan Angkor





Lepas tu, kami melawat Bayon pula yang berdekatan...

Tuktuk membawa kami dari Angkor Wat ke Bayon

 Jalan menghala masuk ke Bayon


 Deretan deity jalan menuju masuk ke Bayon. Cantik.



 Pintu gerbang sempit masuk ke Bayon

 Bayon dari jauh

Salah satu entrance di Bayon

Salah satu bahagian dalam Bayon


 Salah satu tower di Bayon. Cantik.






 Sedikit persembahan tradisional di Bayon












Di satu lagi entrance Bayon,
sebelum menyambung lawatan ke Ta Prohm


Dari Bayon, kami ke Ta Prohm.
Temple terakhir untuk lawati.







Ta Prohm ni dalam hutan. Ada juga kumpulan yang mainkan alat muzik tradisional dalam hutan ni. Agak berdebu juga kawasan ni. Untuk lebih menghargai Angkor Wat, Bayon dan Ta Prohm, bacaan di Google boleh membantu : )

Selesai melawat Angkor, kami balik ke hotel, rehat, malamnya kami habiskan masa di Night Market, Siem Reap. Awal pagi esok akan bertolak ke Phnom Penh dengan menaiki bot melalui Tasik+Sungai Tonle Sap
di Chong Kneas Floating Village dan akan tiba di Sisowath Quay, Phnom Penh selepas pelayaran bot 6.5 jam. Harga tiket usd43 (ni yang buat bajet melambung, if naik bas ke Phnom Penh, mmg save bajet).

Night Market di Siem Reap:




kiri, baju putih tu, waitress yang terbaik,
cekap berbahasa Inggeris : )



bahagian depan cafe. baju biru tu manager rasanya.
pemilik restoran ni kat dalam, an old Indian man.




 sedap pancake ni sapu coklat









Kat sini ada jual cengkerik goreng untuk dimakan





 main muzik tradisional

 bazar









ambil gambar dlm gelap



Boat trip dari Chong Kneas,Siem Reap - Sisowath, Phnom Penh:


bot ni lebih selesa rasanya. sempat santai di dek sambil
berbual dengan Rick, Prof. di UBC, and layan kabuskabus pagi

ni bot kat sebelah saya

ada yang duduk di atas untuk lebih excitement agaknya

Dah nak hampir sampai di Saigonnn...!
Selepas dekat tujuh jam dalam bot, akhirnya kami tiba di Phnom Penh. Enjoy naik bot ni. Boleh lepak di dek, dan boleh tidur di dalam. Jalan2 atas dek sambil berhati-hati agar tak jatuh ke dalam sungai tu.
Bot ni gerak lambat dari jadual. kat dua jam lambat. So, sampai Phnom Penh pun dah pukul 4 ptg. Bas terakhir ke Saigon adalah jam 3. Van ada tapi rasanya esok pagi sajalah gerak ke Saigon. Sampai di Phnom Penh, jalan-jalan cari tiket bas ke Saigon, pastu naik tuktuk round-round lagi, cari tikt dan guest house, cari makan, hingga ke area tasik yang tidak disyorkan oleh driver tuktuk. Pastu dah mlm. Terus terlelap. Tak interested sangat nak luangkan masa malam tu sebab kawasan di situ saya rasa sekadar untuk bermalam sementara tunggu untuk gerak esok pagi. Destinasi harapan menanti.  

 Cam black area. Ni area backpackers.
Banyak hostel dan pub.

Lelapkan mata di sini.

Tunggu van pickup untuk ke tempat bas. Van tu pun penuh.
Ketawa jer kami dalam van tu tengok gelagat menyempit2.

Keesokan paginya...

Awal pagi 4 Februari 2014, dengan tiket bas yang berharga usd 8 yang dibeli pada malam sebelumnya, aku tunggu van ejen utk datang pickup di guesthouse Angkor Meas. Seronok rasa bila membayangkan akhirnya aku akan berjaya sampai ke destinasi setelah berhari-hari juga berusaha untuk tembusi negara Komunis Kapitalis tersebut. Aku fikir, eh, betul ker ni aku boleh sampai sana (ikut jalan darat)? Aku hanya mendoakan agar perjalanan aku ke sana selamat dan satu lagi, aku nak lentok dalam bas nanti. Ada sedikit bekal makan pagi tetapi disyaki akan hilang kesegarannya dalam beberapa jam lagi (nasi semalam yang ditapau). Jadi, aku makan candy ajer lah dahulu if lapar nanti dan makan kaw-kaw di Saigon nanti.

Selepas selesai pickup semua orang yang dah booking, van tu turunkan kami di satu tebing jalan dengan ada bas yang menunggu. So, semua kami naik bas tersebut dan perjalanan pun bermula. Masa lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi. Bas bergerak dan aku enjoy duduk berehat dalam bas. Kemudian, selepas dalam sejam lepas tu, aku rasa macam bas tu naik atas satu platform dekat sungai. Naik feri rasanya tapi sangat sekejap. Aku tak nampak sangat sebab banyak kenderaan sebelah yang lindung tapi aku boleh nampak sungai tu. Selesai melintas sungai tersebut, bas menyambung perjalanan. Aku sambung rehat, terlelap. Beberapa jam berlalu, kami kemudiannya sampai di checkpoint sempadan Cambodia-Vietnam di Tay Ninh. Selesai kastam imigresen, kami naik bas semula. Sambung lagi perjalanan. Akhirnya, kami nampak signboard yang menyambut kedatangan kami "Welcome to Tay Ninh Province". So, aku kata, yea... I'm coming. Sekarang tunggu masa untuk sampai ke Pham Ngu Lao ajer. Bas tu pusing, pusing, pusing, jauh juga la Pham Ngu Lao dari sempadan tadi. Lebih kurang jam 3 ptg macam tu, kami akhirnya sampai di destinasi Pham Ngu Lao Street.

Sampai di Pham Ngu Lao, target aku nak cari penginapan murah, nak makan, nak book tour dan nak buat apa-apa benda yang seangkatan dengannya. Aku naik motorbike taxi/ motor yang bawa aku ke hostel usd5 semalam. Hmm hostel pun bersih dan selesa. So, aku check in terus. Book tour dengan diorang sekali. Esok pagi akan ke Cu Chi Tunnels. Tour pertama selama 5 malam aku akan berada di sini.

Cu Chi Tunnels




















City Tour


Tour ke weasel coffee
Lukisan pada bahagian atas, Dewi Laut
yang dipercayai membawa tuah kepada nelayan
Chinatown, pemandu teksi motor sedang santai
berfoto di depan Chinatown
peniaga nak lunch

Tour ke Independence Palace

Command Centre

Tour ke Notre Dame Cathedral


kawasan berdekatan,
Post Office yang turut menjual souvenir


Tour ke Mekong (1 night homestay)

Foto dalam kamera orang lain :D


Malam last di Saigon

crowded



Antara stall yang jual street food
(utk yang telan semua)

Kami duduk minum di sini sambil berehat
sebelum pulang untuk tidur











































































































































































































2 comments:

  1. assalam,, sy suke ngn blog awk ni, tahniah.. walaupun post xbyk lg..(insyaAllah akn bertmbah kan? huhu) tp, ada 2 tpt y awk pi, ade dlm bucket wishlist sy.. huhu. n the info sgt padat dan memudahkan utk beginner traveler cm sy ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Wslm. Terima kasih, saudari ciNTa_aGuNg kerana melawat blog saya yang agak tidak organized ini : )

    Seronok jika puing-puing lara dapat membantu saudari. Insha-Allah akan bertambah post jika ada rezeki utk sambung kembara.

    Sebenarnya penat juga nak type kat sini setiap inci yang berlaku.. haha.. okey.. Selamat maju jaya dalam penggembaraan yang akan ditempuhi.

    ReplyDelete